Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Usaha Perangi Rasuah Perlu Dilaksana Tanpa Kompromi - Sultan Ibrahim

18/02/2026 11:13 AM

JOHOR BAHRU, 18 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor. 

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, amanat berkenaan disampaikan ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini. 

Ad Banner
Ad Banner

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Datin Paduka Hazlina Jalil dan Pengarah Tanah dan Galian Johor Mohammed Shakib Ali. 

Dalam pertemuan selama hampir dua jam itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa serta kemajuan pesat dicapai Johor oleh Onn Hafiz.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan