Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

FGV Akan Diperkukuh, Jadi Pemangkin Generasi Peneroka - Ahmad Zahid

16/02/2026 05:43 PM

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) akan terus diperkukuh sebagai institusi yang mampan, progresif serta menjadi pemangkin kemakmuran generasi peneroka hari ini dan masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usaha berkenaan akan digerakkan dengan komitmen semua pihak terlibat.

“FGV memainkan peranan yang amat signifikan dalam ekosistem pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kesejahteraan warga peneroka.

Ad Banner
Ad Banner

“Justeru, kerjasama erat, tadbir urus yang mantap serta pendekatan strategik yang berpaksikan keberhasilan mesti terus diperkukuh agar setiap keputusan yang dibuat benar-benar memberi nilai kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat FGV di Wisma FGV, di sini, untuk bertemu dan berdialog secara langsung bersama pengurusan tertinggi syarikat berikutan beliau menggalas amanah baharu untuk mengelola dan memantau urusan Felda serta FGV.

Beliau berkata lawatan itu memberi ruang kepadanya untuk melihat sendiri perkembangan semasa, memahami cabaran dihadapi serta meneliti hala tuju strategik yang sedang dirangka bagi memastikan institusi penting itu terus kukuh, berdaya saing dan memberi manfaat besar kepada peneroka serta ekonomi negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan