Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Di Beaufort Berkurangan

15/02/2026 09:16 AM

KOTA KINABALU, 15 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort berkurangan kepada 309 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 312 orang daripada 121 keluarga petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.

Menurut kenyataan itu, sebanyak lapan kampung terjejas sejak daerah itu dilanda banjir pada Khamis.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah akan mengalami hujan sebelah petang dan malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan