Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini

14/02/2026 01:03 PM

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menunjukkan peningkatan setakat 11 pagi ini, berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti dan pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina serta menyambut awal Ramadan minggu depan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan trafik bergerak perlahan dan kelewatan dijangka berlaku di lebuh raya utama dari Lembah Klang menuju ke utara, selatan dan pantai timur.

Beliau berkata bagi arah utara di PLUS, trafik dilaporkan perlahan di beberapa lokasi termasuk Rawang ke Sungai Buaya, Bukit Beruntung ke Bukit Tagar, Slim River ke Sungkai, Sungkai ke Bidor, Tapah ke Gopeng, dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar susulan kemalangan di kilometer 257.3 serta dari Seberang Jaya ke Sungai Dua.

Ad Banner
Ad Banner

"Turut dilaporkan sesak aliran trafik dari Senai Utara ke Kulai, Simpang Renggam ke Machap dan Senawang ke Seremban," katanya.

Bagi arah ke selatan pula, trafik dilaporkan sesak di Auto City ke Plaza Tol Juru, Bangi ke Nilai, Nilai ke Seremban dan Seremban ke Senawang.

"Bagi airan trafik ke pantai timur, aliran trafik perlahan dari arah Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan Bukit Tinggi ke Lentang," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan dengan sebaiknya dan sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya ketika memandu demi keselamatan semua.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan