Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Nga Santuni Warga KPKT Sempena Tahun Baharu Cina

13/02/2026 09:34 PM

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming hari ini meluangkan masa menyantuni warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Majlis Sentuhan Kasih Muhibah Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Majlis itu diadakan sebagai simbolik kepada semangat perpaduan, keharmonian dan kepelbagaian budaya yang menjadi teras kekuatan negara.

KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan Nga turut mengagihkan 500 kotak limau mandarin kepada warga kementerian bagi menyuntik keceriaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama warga kerja dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.

Ad Banner
Ad Banner

“Dalam ucapan ringkasnya, menteri menegaskan bahawa kepelbagaian budaya dalam organisasi kerajaan adalah kekuatan utama dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Di KPKT, setiap perayaan disambut dengan semangat kebersamaan demi menjalinkan silaturahim yang lebih erat serta memperkukuh semangat persaudaraan sesama warga kerja tanpa mengira latar belakang,” menurut kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, Nga turut menyeru warga kementerian agar menghayati simbolik Tahun Kuda yang melambangkan keberanian dan kegagahan dengan menterjemahkannya melalui ketekunan serta dedikasi tinggi dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan