Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir Sabah: 445 Penduduk Sipitang, Beaufort Berlindung Di Tiga PPS

13/02/2026 09:44 AM

KOTA KINABALU, 13 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 445 orang daripada 185 keluarga pagi ini berbanding 355 orang daripada 149 keluarga, semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, mangsa terlibat terdiri daripada penduduk dari 17 kampung yang dilanda banjir di Sipitang dan Beaufort dan kesemua mereka kini berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah terjejas.

Beaufort mencatatkan mangsa tertinggi membabitkan 242 mangsa daripada 89 keluarga dari tiga kampung terjejas, berbanding 154 orang daripada 53 keluarga semalam, yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.

Ad Banner
Ad Banner

"Di Sipitang pula, sebanyak 95 orang daripada 45 keluarga berlindung di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, manakala jumlah mangsa banjir di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berampah kekal 108 orang daripada 51 keluarga," menurut kenyataan itu.

Hujan lebat berterusan sejak petang Selasa menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mengalong di Sipitang dan Sungai Padas di Beaufort hingga mengakibatkan banjir di kawasan kampung berhampiran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan