Ad Banner
 AM > BERITA

RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 Dibentangkan Di Dewan Rakyat

11/02/2026 03:42 PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)  2026 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dilakukan pada persidangan kali ini.

RUU bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] itu bertujuan meminda Seksyen 1 akta berkenaan dengan memasukkan subseksyen (3) baharu untuk memberikan menteri kuasa menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 127 di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.

Ad Banner

Rang undang-undang itu tidak melibatkan perbelanjaan wang tambahan kerajaan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan