Ad Banner
 AM > BERITA

Anwar Sokong Pembukaan Konsulat Baharu India Di Sabah, Perkukuh Hubungan Dua Hala

08/02/2026 02:54 PM

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong keputusan India untuk membuka konsulat baharu di Kota Kinabalu, Sabah, sekali gus memperlihatkan hubungan Malaysia-India yang semakin kukuh.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri India Narendra Modi, yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi selama dua hari.

“Sebagai simbol hubungan baik antara kedua-dua negara, saya setuju untuk menyokong keputusan kerajaan India membuka sebuah konsulat di Kota Kinabalu, Sabah,” kata beliau.

Ad Banner

Kedua-dua pemimpin menyatakan bahawa misi diplomatik baharu itu akan mengukuhkan lagi hubungan sesama rakyat, meningkatkan kerjasama ekonomi serta mempertingkatkan perkhidmatan konsular, khususnya di Malaysia Timur.

Penubuhan konsulat itu dijangka mempermudah urusan perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan dan pertukaran kebudayaan, selain memperkukuh sokongan kepada komuniti India serta perniagaan yang beroperasi di Sabah dan wilayah sekitarnya.

Dalam hantaran menerusi platform X pada semalam, Modi mengumumkan sebuah konsulat India akan dibuka di Malaysia, sekali gus merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India, pembukaan konsulat itu akan memperkukuh kerjasama berterusan antara kedua-dua negara serta meluaskan perkhidmatan kepada komuniti India di Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan