Ad Banner
 AM > BERITA

MK Curtain-Affin Bank Bekerjasama Perkukuh Pengalaman Renovasi Rumah

06/02/2026 02:32 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- MK Curtain mengumumkan kerjasama strategik dengan AFFIN Bank melalui kemudahan pembiayaan AFFIN Home Reno/-i bagi menawarkan pengalaman renovasi rumah lebih tersusun dan diyakini kepada pemilik rumah di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, MK Curtain memaklumkan kerjasama itu membolehkan syarikat tersebut berperanan sebagai rakan pelaksana rasmi AFFIN Bank bagi kategori langsir dan bidai dengan memberi tumpuan kepada kualiti produk, pemasangan serta pelaksanaan fasa akhir renovasi kediaman.

“MK Curtain dipilih berdasarkan rekod prestasi yang konsisten, sistematik dan pengalaman luas dalam menyiapkan proses renovasi kediaman.

Ad Banner

“Pemilihan ini mencerminkan keyakinan sebuah institusi perbankan terhadap keupayaan MK Curtain dalam mengekalkan tahap profesionalisme serta kawalan kualiti yang menyeluruh,” menurut kenyataan itu.

MK Curtain memaklumkan gabungan kepakaran syarikat dan sokongan pembiayaan AFFIN Home Reno/i membolehkan aspek perancangan, pelaksanaan serta kewangan renovasi rumah diselaraskan dengan lebih berkesan, sekali gus membantu mengurangkan ketidaktentuan dan tekanan kepada pemilik rumah.

MK Curtain memaklumkan ia penting kerana pemilik rumah masa kini bukan lagi sekadar menitikberatkan produk atau harga, sebaliknya mengutamakan proses yang jelas, risiko yang lebih terkawal serta penyedia perkhidmatan yang bertanggungjawab terhadap hasil akhir proses renovasi rumah mereka.

“MK Curtain percaya nilai sebenar kerjasama ini akan dirasai dalam jangka panjang apabila pemilik rumah menyedari bahawa dengan rakan strategik yang tepat dan berpengalaman, proses renovasi boleh menjadi lebih lancar, teratur dan diyakini,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan