DUNGUN, 1 Feb (Bernama) -- Seekor tapir jantan mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah-Paka berhampiran Kampung Santong, di sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata tapir seberat 300 kilogram (kg) itu dilanggar ketika melintas jalan menuju ke hutan berhampiran pada 10 malam.
"Pemeriksaan menemukan kesan kecederaan pada bahagian kepala dan badan tapir berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata dua anggota Perhilitan telah mengambil bangkai tapir itu untuk tujuan pelupusan, dan difahamkan tapir berkenaan dilanggar kereta jenis Volkswagen dipandu seorang guru berusia 49 tahun.
Pada 24 Jan lepas seekor tapir seberat 200 kilogram mati dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 320.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas susur keluar Kerteh, Kemaman pada 1 pagi.
Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 19 tahun turut maut di tempat kejadian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial