AM > BERITA

KDN Sambut Baik Arahan PM Berkaitan Keputusan Perolehan PDRM

17/01/2026 10:45 AM

KULIM, 17 Jan (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait dengan isu rasuah, dibekukan sementara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Awang Alik Jeman bagi menentukan tindakan sewajarnya seiring dengan arahan Perdana Menteri itu.

“Keadaan sekarang ini, Perdana Menteri berpendapat ada keperluan untuk tengok semula (perolehan) … kaji semulalah maksudnya.

Ad Banner
Ad Banner

“Kami menyambut baik di KDN, kerana hal ini berkaitan dengan hala tuju yang selalu Perdana Menteri sebut tentang elak penyelewengan, soal amalan tatakelola yang baik, terutama sistem perolehan, setiap sen wang rakyat itu harus dipertanggungjawabkan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Padang Serai dekat sini.

Saifuddin Nasution berkata arahan Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai satu reset atau penetapan semula terhadap keputusan perolehan di KDN yang merupakan antara kementerian yang mendapat peruntukan besar setiap tahun bagi tujuan pengurusan dan pembangunan.

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan semua keputusan perolehan ATM dan PDRM yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan