KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud dilantik dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara Mohd Rosdi dengan Ketua Polis Daerah Cheras SAC Aidil Bolhassan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini, disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.
Fadil dalam ucapannya pada majlis itu menyatakan keyakinan dengan kewibawaan Mohd Rosdi sebagai Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu berdasarkan keupayaan serta pengalamannya yang luas.
“Saya mengharapkan beliau (Mohd Rosdi) dapat memberikan penuh komitmen menggunakan semua pengalaman kepakaran, pengalaman yang ada dapat dicurahkan kepada organisasi di Cheras ini dan seterusnya menghasilkan keperluan hasil,” katanya.
Sementara itu, Mohd Rosdi, 54 tahun dalam ucapannya mengharapkan kerjasama warga IPD Cheras termasuk petugas media untuk menyambung legasi cemerlang kepimpinan terdahulu.
Sementara itu, Aidil, yang menerajui IPD Cheras sejak satu tahun tiga bulan lalu, dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Beliau mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga IPD Cheras atas kerjasama dan komitmen sepanjang memimpin daerah itu.
“Tanggungjawab sebagai ketua polis daerah bukan mudah, memerlukan kesabaran, ketegasan dan komitmen tinggi. Saya bersyukur kerana dikurniakan pegawai serta anggota yang berdedikasi,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial