AM > BERITA

Pahang Dipilih Destinasi Utama Pelancongan Alam Semula Jadi - Tinjauan

16/01/2026 08:44 PM

KUANTAN, 16 Jan (Bernama) -- Pahang dipilih sebagai destinasi utama di Malaysia untuk pelancongan alam semula jadi dan ekopelancongan, menurut Tourism Pahang.

Berdasarkan tinjauan pengguna di seluruh negara pelancong memilih Pahang untuk percutian alam semula jadi yang menenangkan, kepelbagaian pengalaman serta pelancongan mampan.

Sebanyak 34.3 peratus memilih negeri itu sebagai destinasi percutian alam semula jadi dan 21.8 peratus menamakan Genting Highlands sebagai tarikan utama.

Ad Banner
Ad Banner

“Selain itu, sebanyak 28.1 peratus responden memilih negeri ini kerana menawarkan gabungan pengalaman terbaik, manakala 30.5 peratus mengiktiraf Pahang sebagai negeri paling komited terhadap pelancongan mesra alam dan lestari,” menurut kenyataanTourism Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata pengiktirafan itu menjadi pemangkin untuk terus membangunkan dan mempromosikan Pahang sebagai destinasi utama yang menitikberatkan kelestarian alam sekitar.

Justeru, beliau optimis untuk mencapai sasaran 15 juta pelancong tempatan dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

“Kerjasama antara rakan pelancongan, agensi kerajaan dan pemain industri akan menjadi faktor utama dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi yang mesra, lestari dan bertaraf dunia,” kata Leong.

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting Spencer Lee berkata syarikat itu memainkan peranan aktif dalam mempromosikan ekopelancongan menerusi pendidikan dan pengalaman imersif.

“Eufloria merupakan tarikan ekopelancongan dan pelancongan pendidikan yang berteraskan kompleks rumah hijau terbesar di Malaysia, menawarkan pembelajaran berasaskan alam semula jadi melalui hortikultur, seni dan pemuliharaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan