AM > BERITA

Kehadiran PM Anwar Meriahkan Suasana Makan Tengah Hari Di Sri Rampai

16/01/2026 03:15 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Suasana tengah hari di Restoran Salai-Salai, Sri Rampai, bertukar meriah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah untuk makan tengah hari bersama orang ramai sebelum menunaikan solat Jumaat.

Perdana Menteri meluangkan masa bertegur sapa dan bersalaman dengan pelanggan, yang jelas teruja dapat bertemu pemimpin negara dalam suasana mesra dan santai.

Kehadiran beliau turut menarik perhatian pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang merakam gambar kenangan.

Ad Banner
Ad Banner

Anwar turut menceriakan pemain cilik pasukan bola sepak TFFC, apabila bergambar dengan mereka dan menandatangani jersi.

Selepas menjamu selera, Anwar bertolak ke Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju untuk menunaikan solat Jumaat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan