AM > BERITA

Schneider Electric: Di Mana Insan Memacu Kemajuan

15/01/2026 03:28 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Seiring evolusi tenaga kerja Malaysia, dengan penekanan meningkat terhadap kemahiran digital, kepimpinan inklusif dan pembangunan kerjaya yang bermakna, Schneider Electric sedang bersedia untuk melatih bakat menghadapi era kecerdasan buatan (AI).

Pada ketika cabaran seperti jurang kemahiran dan pengangguran belia masih wujud, peluang untuk inovasi, peningkatan kemahiran dan pekerjaan yang berfokuskan tujuan semakin berkembang merentasi pelbagai industri, dengan Schneider Electric mengetuai inisiatif-inisiatif tersebut.

Melalui inisiatifnya yang memenangi anugerah dalam pembangunan kepimpinan, kepelbagaian dan kesejahteraan pekerja, syarikat itu menumpukan usaha untuk membentuk pemimpin masa hadapan sambil menghargai pengalaman dan sumbangan pekerja hari ini.

Ad Banner

Ketua Sumber Manusia Schneider Electric Malaysia Yau Jin Hui berkata di Schneider Electric Malaysia, AI diterima sebagai alat untuk memperkasakan bukan untuk menggantikan petugas, dengan pasukan mempelajari cara menggunakan teknologi untuk menyokong kerja yang lebih pintar dan berpaksikan manusia.

“Apabila penerimaan AI semakin pesat, fokus kami bukan untuk menggantikan pekerjaan, tetapi untuk mengubahnya. Di Schneider Electric, kami melabur dalam peningkatan kemahiran dan penyesuaian semula kemahiran bagi memastikan tenaga kerja kami dilengkapi dengan kemahiran digital, pengurusan tenaga dan automasi yang diperlukan untuk masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Memperkasakan Setiap Peringkat Kerjaya

 

Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan bahawa pengangguran belia masih menjadi cabaran, dengan kadar kira-kira 6.2 peratus bagi usia 15 hingga 30 tahun, sekali gus menekankan keperluan program pembangunan kerjaya awal yang mantap.

Schneider Electric menangani isu berkenaan dengan menekankan pembangunan kerjaya peringkat awal, dengan 40.7 peratus tenaga kerjanya terdiri daripada pekerja yang berada pada peringkat awal kerjaya.

Di bawah matlamat Schneider Sustainability Impact (SSI), syarikat telah menggandakan pengambilan pelatih setiap tahun, memberi peluang kepada bakat muda untuk terlibat secara langsung dalam projek serta menerima bimbingan mentor.

Pelatih industri terlibat dalam projek sebenar, bekerjasama dengan mentor industri dan melihat idea mereka direalisasikan.

Schneider Electric juga mengekalkan kerjasama kukuh dengan universiti tempatan, termasuk Universiti Malaya dan INTI International University & Colleges.

Bekas pelatih industri Sarvagjnaa Divya yang kini menyertai Schneider Graduate Programme di Pusat Aplikasi Serantau untuk pasukan Asia Pasifik berkata pengalaman latihan industrinya memberi pendedahan berharga dari aspek teknikal dan komersial perniagaan.

“Persekitaran yang menyokong mendorong rasa ingin tahu dan perbincangan terbuka, yang meningkatkan keyakinan dan kemahiran saya. Pengalaman itu memberi inspirasi untuk menyertai Schneider Electric sepenuh masa dan hari ini, saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini,” katanya.

Yakin bahawa pertumbuhan bermula dengan dialog yang bermakna, Schneider Electric menyokong pembangunan berterusan melalui Career Tapestry, suatu inisiatif tahunan yang dikendalikan oleh pasukan Pembelajaran & Pembangunan.

Di Malaysia, lebih 120 perbualan kerjaya yang diperibadikan, telah membantu pekerja mendapatkan kejelasan, menetapkan matlamat dan mengambil tanggungjawab terhadap pertumbuhan profesional mereka.

Sementara itu, bagi menyokong peralihan ke kemahiran digital dan melatih pemimpin masa depan, Individual Contributor 2.0 Program Schneider Electric Malaysia membekalkan pekerja dengan kemahiran teknikal dan interpersonal, termasuk penggunaan AI, pengukuhan kemahiran penyampaian serta penguasaan alat seperti Power Query, Tableau dan Power BI.

Menurut Economist Impact, kemahiran digital kekal menjadi keutamaan utama bagi pekerja Malaysia, dengan 83.1 peratus masih menumpukan perhatian kepada pembangunan kompetensi asas.

Pembangunan kepimpinan juga disokong melalui Growing Local Leaders Programme, yang menumpukan pada perancangan penggantian, pengurusan sumber manusia dan pembangunan bakat.

Melangkah lebih jauh, Senior Talents Programme menyediakan sokongan khusus kepada pekerja berpengalaman, termasuk menganjurkan bengkel untuk merancang kewangan persaraan dan perbincangan kerjaya.

 

Mendorong Inklusiviti yang Memacu Inovasi

 

Di Schneider Electric Malaysia, kepelbagaian dan inklusiviti bukan sekadar nilai teras - ia merupakan elemen penting dalam membentuk pasukan yang teguh, inovatif dan kolaboratif.

Sambutan perayaan seperti Hari Raya, Deepavali, Krismas, dan Tahun Baharu Cina, menyatukan pekerja daripada pelbagai latar belakang, sekali gus memupuk rasa kekitaan dan saling menghormati yang mengukuhkan kerjasama.

 

Meraikan Kerjaya, Sumbangan, dan Budaya Pertumbuhan

 

Inisiatif berfokuskan manusia ini telah menyumbang secara signifikan kepada pengiktirafan Schneider Electric Malaysia sebagai Great Place to Work pada 2025, diiktiraf sebagai antara Best Workplaces in Asia oleh Great Place to Work serta meraih tempat dalam LinkedIn’s 2025 Top Companies.

Tinjauan penglibatan pekerja syarikat juga mencatatkan kepuasan 90 peratus terhadap pengaturan kerja yang fleksibel dan 80 peratus terhadap inovasi, mencerminkan budaya yang mengamalkan keterbukaan, penyesuaian dan pembelajaran berterusan.

“Pada ketika Schneider Electric Malaysia terus memacu masa depan tenaga negara, kami kekal komited untuk mewujudkan persekitaran profesional, dengan pembangunan kerjaya disokong, pencapaian diiktiraf dan individu tidak dibiarkan mengharungi perjalanan mereka seorang diri,” kata Yau.

Terokai lebih banyak peluang kerjaya dengan Schneider Electric melalui https://www.se.com/my/en/about-us/careers/overview.jsp.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan