KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan rasa sedih atas pemergian penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Mohd Latiff Ismail yang meninggal dunia hari ini.
"Perginya seorang lagi penghibur yang pernah mewarnai dunia hiburan tanah air. Semoga keluarga Allahyarham sabar dan tabah berdepan ujian ini. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Mohd Latiff, 62, yang lebih dikenali dengan nama Isma Aliff, menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.30 pagi tadi di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.
Berita kematian Allahyarham disahkan oleh adiknya, Shamsidah Ismail, 60.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial