KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan akan dilaksanakan di laluan antara Damansara dan Subang di KM16.33, bermula malam ini hingga esok.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja berkenaan akan melibatkan kedua-dua arah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada dari 10 malam ini hingga 5 pagi esok.
"Kami menjangkakan akan berlakunya gangguan trafik yang minimum di lokasi semasa kerja-kerja dijalankan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing serta mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X @plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi terpilih.
Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya memerlukan bantuan kecemasan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial