AM > BERITA

MOT Komited Perkukuh Mobiliti Mampan, Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan Pada 2026

06/01/2026 03:41 PM

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus mempertingkat kualiti perkhidmatan dan memperkukuh inisiatif mobiliti mampan pada 2026 selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Menerusi hantaran di Facebook, MOT menzahirkan komitmen itu seiring dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif serta projek strategik sepanjang 2025 yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat berteraskan nilai keterangkuman dan kemampanan.

“Ia bagi memastikan manfaat pembangunan sektor pengangkutan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh seluruh rakyat Malaysia,” menurut MOT.

Turut mengiringi hantaran itu sebuah video khas memaparkan hasil usaha berterusan kementerian berkenaan sepanjang 2025 bersama sokongan padu semua pihak dalam memacu agenda pengangkutan negara yang progresif dan berdaya tahan.

Antara kejayaan yang dipapar menerusi video berdurasi satu minit enam saat itu ialah inisiatif Pas MY50 yang terjual sebanyak 2.6 juta sekali gus menjimatkan 67 peratus kos bulanan pengguna, Subsidi FLYsiswa memanfaatkan 44,598 pelajar dan Program MyLesen B2 memanfaatkan 23,589 peserta daripada golongan B40.

Hantaran itu memaklumkan usaha berterusan tersebut mencerminkan iltizam MOT dalam menyokong agenda pembangunan negara yang inklusif, mampan dan berorientasikan rakyat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan