KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Turkiye untuk lawatan rasmi sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Anwar ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta delegasi Malaysia.
“Lawatan ini membuka ruang kerjasama lebih luas dalam pelbagai bidang berlandaskan nilai persahabatan dan saling menghormati yang telah terjalin sekian lama.
“Semoga segala urusan dipermudahkan, insya-Allah,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula hari ini hingga 8 Jan.
Pada lawatan itu, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan, selain bersama-sama mempengerusikan Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi Malaysia-Turkiye.
Lawatan berkenaan mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Turkiye untuk mempertingkatkan kerjasama strategik secara lebih tersusun dan menyeluruh.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial