Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir: Dua PPS Di Kuching Diaktifkan, Tempatkan 197 Mangsa

31/12/2025 12:33 PM

KUCHING, 31 Dis (Bernama) -- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat 10 pagi ini bagi menempatkan 197 mangsa banjir di sekitar bandar raya ini, susulan hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan dua PPS itu ialah Dewan Masyarakat Stapok dan Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru.

"PPS Dewan Masyarakat Stapok menempatkan 42 mangsa manakala 155 orang daripada 45 keluarga berlindung di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru," menurut kenyataan itu. 

Terdahulu, JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai situasi banjir melibatkan kawasan Taman Desa Wira dan Kampung Sinar Budi Baru pada 5 pagi tadi.

Semalam, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini hingga esok.

MetMalaysia memaklumkan antara kawasan dijangka terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan