Ad Banner
 AM > BERITA

Agong Dipersembah Taklimat Perkembangan Semasa ATM

31/12/2025 12:29 PM

JOHOR BAHRU, 31 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dipersembah taklimat mengenai perkembangan semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat tersebut disampaikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda. 

Sesi menghadap itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Pasir Pelangi.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM), dipersembahkan taklimat berkaitan hal ehwal keselamatan negara oleh Mohd Khalid.

Berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan