Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lapangan Terbang UTHM Siap April 2026, Mercu Tanda Baharu Johor

28/12/2025 05:27 PM

BATU PAHAT, 28 Dis (Bernama) -- Projek pembinaan Lapangan Terbang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bernilai RM18.3 juta di Tanjung Laboh di sini, dijangka siap sepenuhnya pada April 2026 dan bakal menjadi mercu tanda baharu Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata lapangan terbang itu kini siap 71 peratus dan akan dilengkapi landasan sepanjang 800 meter serta menara kawalan trafik setinggi 12 meter.

Lapangan terbang itu didirikan di kawasan seluas 22.6 hektar.

“Insya-Allah, Tanjung Laboh berpotensi menjadi ‘Maldives Selatan’ di Malaysia dan UTHM pula akan muncul sebagai universiti pertama di Asia Tenggara yang memiliki lapangan terbang maritim sendiri,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau berkata lapangan terbang itu bukan sahaja berfungsi sebagai pusat latihan juruterbang malah berpotensi menawarkan perkhidmatan penerbangan sewaan, pesawat laut selain pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat serta helikopter. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan