Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

JKR Kenal Pasti Lebih 20 Jalan Persekutuan Di Kelantan Perlu Diselenggara

28/12/2025 11:56 AM

KOTA BHARU, 28 Dis (Bernama) -- Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengenal pasti 29 jalan Persekutuan (FT) membabitkan sembilan jajahan di negeri ini yang memerlukan penyelenggaraan segera.

Sembilan jajahan terlibat ialah Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Jeli, Bachok dan Gua Musang.

Pengarah JKR Kelantan Nik Badlihisham Nik Ismail berkata kesemua jalan tersebut perlu diselenggara berikutan berlaku kerosakan seperti jalan berlubang akibat Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

"Gua Musang mempunyai tujuh jalan Persekutuan yang perlu diselenggara iaitu FT484 Jalan Kuala Betis; FT185 Jalan Gua Musang-Lojing; FT1741 Jalan Masuk Sungai Chiku 7 dan 8; FT36 Jalan Chiku-Aring 5; FT1745 Jalan Penempatan Aring 5; FT1742 Jalan Chiku-Aring Felda Jalan Masuk Aring 2 dan 3; dan FT1743 Jalan Dalam LKP Aring 8 dan 9.

"Enam lagi jalan Persekutuan melibatkan Kota Bharu iaitu FT3 Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu; FT130 Jalan Wakaf Che Yeh-Salor-Pasir Mas; FT57 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Chepa; FT8 Jalan Gua Musang-Kota Bharu; FT223 Jalan Pantai Cahaya Bulan; dan FT207 Jalan Sultan Ismail Petra," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nik Badlihisham berkata masing-masing empat jalan Persekutuan perlu diselenggara di Jeli iaitu FT4 Jalan Gerik-Jeli; FT66 Jalan Sungai Sam-Jeli; FT202 Jalan Air Canal-Lakota; dan FT204 Jalan Gemang-Kampung Labu, manakala Tanah Merah pula FT199 Jalan Batu Gajah-Lawang; FT259 Jalan Sultan Ismail Petra; FT4 Jalan Machang-Jeli; dan FT129 Flyover Tanah Merah.

"Sementara itu, masing-masing dua jalan Persekutuan di Machang, Tumpat dan Pasir Puteh iaitu FT8 Jalan Gua Musang-Kota Bharu dna FT4 Jalan Machang-Jeli (Machang), FT3 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dan FT210 Jalan Pintas Pasir Puteh (Pasir Puteh), FT3 Jalan Kota Bharu-Rantau Panjang dan FT134 Jalam Kota Bharu-Pengkalan Kubor (Tumpat).

"Manakala, FT196 Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Pasir Mas dan FT211 Jalan Kubang Kerian-Bachok di Bachok," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun JKR Kelantan akan merujuk lebih lanjut lagi dengan Kementerian Kerja Raya berhubung kerja penyelenggaraan berkenaan termasuk anggaran kos yang diperuntukan untuk membaik pulih jalan terlibat.

"Saya harap pengguna jalan raya berhati-hati ketika menggunakan jalan yang rosak dan mematuhi papan tanda amaran yang diletakkan di kawasan terlibat," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan