Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Ketika Kerja Pembersihan Di Pontian

22/12/2025 10:38 PM

JOHOR BAHRU, 22 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Jalan Muafakat 2, Serkat, Pontian pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Haswani Azizi Yaacob berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebanyak lapan anggota dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender dan satu unit Emergency Medical Rescue Services digegaskan ke tempat kejadian sejurus panggilan kecemasan.

“Jentera tiba di lokasi pada 11.51 pagi, kira-kira 30 kilometer dari balai dan mendapati seorang mangsa lelaki dewasa tersepit selepas sebatang pokok setinggi kira-kira 30 kaki tumbang dan menghempap jentera berat jenis jengkaut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa berusia 27 tahun ketika itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum jentera yang dikendalikannya dihempap pokok berkenaan.

Haswani berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Pasukan Keluaran Operasi bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan satu unit pengusung sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 1.18 tengah hari,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan