Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke UAE Atas Jemputan Khas Presiden

22/12/2025 01:51 PM

JOHOR BAHRU, 22 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan khas bermula hari ini hingga 24 Dis ini.

Lawatan khas julung kali baginda ke UAE itu adalah atas jemputan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas yang membawa baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini pada 9 pagi.

Turut hadir di Hangar Diraja bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda ialah Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Hadir sama Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani serta Pengelola Bijaya Diraja Johor Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan