Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Final Piala FA: Rapid Rail Lanjut Operasi Stesen Bukit Jalil Hingga 12.30 Tengah Malam

12/12/2025 08:50 PM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, akan melanjutkan waktu operasi Stesen Bukit Jalil hingga 12.30 tengah malam sempena perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah, Ahad ini.

Rapid Rail dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi di stesen-stesen integrasi turut akan dilanjutkan, bagi memastikan pergerakan penyokong lebih lancar.

Manakala stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di mana-mana stesen bagi meneruskan perjalanan pulang.

“Para penyokong digalakkan menggunakan kad Touch ’n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar serta mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan Rapid Rail, kemudahan Park N’ Ride di stesen-stesen rel terpilih juga disediakan bagi memudahkan penyokong.

Rapid Rail turut menempatkan kakitangan tambahan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu pergerakan penyokong dan memastikan aliran trafik di dalam stesen berjalan lancar.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan