Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Polis Mohon Bantu Kesan Dua Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

10/12/2025 05:15 PM

IPOH, 10 Dis (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di sekitar bandar raya ini sejak Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Noralia Sofia Abdullah, 13, dilaporkan hilang sejak 21 Okt lalu. Remaja berbadan kurus itu beralamat di 55, Hala Klebang Restu 20, Medan Klebang Restu.

Individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zainudin di talian 017-9558984 atau Balai Polis Chemor (05-2012222).

Beliau berkata seorang lagi remaja, Nor Shafiqa Abdul Rahman Hadzri, 17, hilang sejak 3 Dis lalu.

Remaja berbadan gempal itu beralamat terakhir di 136, Jalan Rapat Baru, Taman Seri Berajaya.

Maklumat boleh disalurkan kepada penyiasat Sarjan Mohamad Azlan Mohd Noor di talian 019-5141791 atau Balai Polis Kampung Rapat (05-3126327).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan