SHAH ALAM, 20 Nov (Bernama) -- Beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Malaysia Vibe Fest (Half Marathon) 2025 pada 29 Nov.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan jalan bermula dari 4 hingga 11 pagi itu bagi memberi laluan kepada peserta larian kategori 5 kilometer (km), 10 km dan 21 km.
Antara jalan itu ialah sekitar i-City, Jalan Plumbum, Persiaran Permai, Persiaran Kayangan, Persiaran Selangor, Persiaran Damai, Persiaran Masjid, Bulatan Bestari, Seksyen 7 dan Seksyen 14.
MBSA menasihatkan pengguna jalan raya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan sepanjang tempoh penutupan.
“Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama orang ramai dihargai,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial