Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kajian Pembangunan Piawaian Kompetensi Kerja Sosial Malaysia Siap 2027 - Nancy Shukri

12/11/2025 05:48 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Institut Sosial Malaysia (ISM), sedang menyiapkan Kajian Pembangunan Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kajian itu, yang dijangka siap menjelang tahun 2027 dilakukan bagi memperkukuh bidang kerja sosial di negara ini.

Beliau berkata ia penting bagi memartabatkan profesion kerja sosial supaya setiap pekerja sosial dilengkapi dengan kompetensi yang kukuh, beretika tinggi dan berkesan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

“Kita mahu bidang kerja sosial di Malaysia diiktiraf sebagai profesion yang berasaskan ilmu, data dan bukti, tanpa menghilangkan nilai empati dan kemanusiaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program ISM Inspire 2025 di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah ISM Norhaslinda Mohd Sibi.

Program tersebut yang bertemakan “Ilmu, Inspirasi, Sosial” dianjurkan oleh ISM bagi membincangkan isu-isu sosial semasa di Malaysia.

Nancy berkata penganjuran program itu bertepatan dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan sosial inklusif serta Dasar Sosial Negara (DSN) 2030, yang menjajarkan 44 dasar sosial utama negara.

“Dasar-dasar berkenaan perlu diterjemahkan kepada tindakan nyata. Ia komitmen kerajaan yang mesti sampai kepada rakyat. Anda semua belia, pekerja sosial, NGO dan akademia adalah rakan kongsi kerajaan dalam merealisasikannya agar benar-benar menyentuh kehidupan rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan