Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perak Laksana Kerjasama Dengan Institusi Pendidikan Swasta Perkasa Agenda Digital

09/11/2025 12:53 AM

IPOH, 8 Nov (Bernama) -- Kerajaan Perak akan bekerjasama dengan EdQuest International School dan Rochford’s Education dalam merangka pelan pembangunan Kecerdasan Buatan (AI), selaras dengan usaha memperkukuh agenda digital negeri di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Mohd Azlan Helmi berkata kerjasama itu, dirancang setelah melihat kepakaran daripada institusi pendidikan tersebut melaksanakan pembangunan AI menerusi pendidikan dan perniagaan. 

“Jadi, aplikasi yang dilancarkan diberi nama Momentum itu, adalah untuk memudahcarakan pelajar. Saya nampak aplikasi ini menarik dan di samping itu saya lihat pembelajaran di sekolah ini menggunakan digital, hampir keseluruhannya berbentuk digital. 

“Kita lihat ada potensi untuk synchronize bersama usaha Kerajaan Negeri Perak di bawah Digital Perak, yang kini sedang menyiapkan kerangka AI untuk negeri Perak dan ini ada satu segmen pendidikan yang baik,  insya-Allah saya akan aturkan selepas ini perjumpaan Digital Perak bersama dengan pihak EdQuest untuk berbincang bagaimana untuk kita bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran aplikasi Momentum by MojoNational.ai malam ini.

Mohd Azlan berkata pihaknya turut menyeru mana-mana pihak yang sedang membangunkan aplikasi berasaskan AI untuk tampil bekerjasama dengan kerajaan negeri.

“Kita tak lokek dalam nak mengusaha ataupun membantu pihak-pihak lain untuk memajukan AI dalam negeri Perak ini. Kita membuka selapang-lapangnya pintu untuk platform itu untuk kita gabungkan bersama bergerak sebagai satu pasukan seperti yang dilaksanakan oleh pihak EdQuest International School and Rochford’s Education,” katanya.

Sementara itu, Pengasas EdQuest International School and Rochford's Education Harry Seggu berkata sekolah tersebut merupakan sekolah antarabangsa pertama di Ipoh yang melaksanakan sistem pembelajaran digital sepenuhnya.

“Jadi, murid-murid tidak perlu bawa buku teks ke sekolah. Mereka hanya adakan laptop dengan tablet. Jadi kami yang pertama mulakannya. Bagi tahun ini, kita nampak ada peluang untuk AI. Jadi, kita pun masuk di dalam industri ini.

“Kerana kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah cara kita mempelajari bidang perniagaan dan segala yang kita lihat. Jadi, Momentum by Mojonation, sebuah platform AI, bukan sahaja untuk pembelajaran tetapi juga untuk perniagaan. Kami ingin merevolusikan cara pembelajaran dijalankan dan saya rasa seperti yang dinyatakan oleh menteri-menteri kita serta Perdana Menteri, bahawa menjelang tahun 2030, Malaysia mesti melangkah ke dalam industri AI,” katanya.

Beliau berkata pihaknya berbangga untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perak dalam merealisasikan visi itu, kerana institusi tersebut telah berada pada landasan yang tepat kini berada dalam fasa pembangunan seterusnya fasa kedua yang akan dilancarkan tahun depan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan