PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Pelancong yang memasuki Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) diberi amaran tegas agar tidak berkerja atau berniaga semasa berada di negara ini.
Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata ia susulan Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan terdapat laporan pelancong menyalah guna PLS untuk berbuat demikian.
“Jemaah Menteri memberi peringatan tegas bahawa pemegang Pas Lawatan Sosial tidak dibenarkan untuk bekerja atau berniaga di Malaysia.
"Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil sekiranya undang-undang berkaitan penggunaan pas lawatan ini didapati dilanggar,” katanya pada sidang media mesyuarat pasca-Kabinet di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, sehingga September lepas lebih 400 pelancong ditahan kerana menyalahgunakan PLS untuk bekerja dan berniaga.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial