Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia Catat Kemajuan Memberangsangkan Dalam Agenda SDG - PM Anwar

05/11/2025 02:27 PM

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan unjuran pencapaian 49 peratus menjelang 2030, jauh mengatasi purata global 18 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pencapaian itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2025 yang dipengerusikan beliau pagi tadi.

“Namun di sebalik angka positif ini, masih banyak yang harus kita tangani khususnya terkait 10 Fokus Utama SDG negara, dari isu malpemakanan kanak-kanak, kesihatan mental, pengurusan murid berkeperluan khas hinggalah peluang pekerjaan buat golongan kurang upaya,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Anwar berkata usaha itu menuntut kerjasama semua pihak merentasi kerajaan Persekutuan, negeri, swasta dan masyarakat sivil agar tiada insan yang tersisih daripada arus pembangunan negara.

Beliau juga berkata Kerajaan MADANI kekal komited terhadap agenda SDG yang bergerak seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 untuk menuju kemajuan yang terangkum, mampan serta sejahtera demi masa depan anak-anak dan tanah air yang kita cintai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan