Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jejambat Baharu Pemudah Akses Ke The Light Waterfront Penang

04/11/2025 05:55 PM

GEORGE TOWN, 4 Nov (Bernama) -- Jejambat baharu bagi mempermudah akses ke kawasan The Light Waterfront Penang dibuka secara rasmi sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan pergerakan penduduk, pengunjung dan pengguna jalan raya. 

Menurut kenyataan IJM Land hari ini, jejambat sehala yang baharu itu membolehkan pemandu yang menuju ke George Town memasuki terus ke The Light Waterfront Penang.

“Dibina oleh IJM Land sebagai sebahagian daripada program infrastruktur yang lebih menyeluruh, jejambat berkenaan mencerminkan komitmen jangka panjang dalam menyokong pertumbuhan Pulau Pinang melalui peningkatan mobiliti dan ketercapaian.

"Lorong basikal khas sedia ada di kawasan itu kekal dibuka kepada orang awam bagi menggalakkan pilihan perjalanan yang lebih selamat dan lestari,” menurut IJM yang juga pemaju The Light Waterfront Penang.

Pemaju itu juga memaklumkan bahawa jalan bertingkat dari Jalan Tunku Kudin (arah Bayan Lepas) ke The Light Waterfront Penang yang dibuka pada Julai lepas menyediakan akses terus dan lancar bagi pemandu dari kawasan Green Lane untuk ke kawasan berkenaan. 

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, IJM Land telah menaik taraf kesalinghubungan jalan dan infrastruktur di The Light Waterfront Penang sekali gus menjadi asas bagi pembangunan utama yang sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan