Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir Kilat: 17 Mangsa Dipindahkan Ke Sebuah PPS Di Gua Musang

04/11/2025 09:12 AM

GUA MUSANG, 4 Nov (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini malam tadi, bagi menempatkan mangsa banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih tiga jam sejak petang semalam.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memaklumkan sebanyak 17 mangsa daripada 11 keluarga di Felda Chiku 5 telah dipindahkan ke PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata hujan lebat bermula kira-kira 7 malam itu, turut menyebabkan beberapa kawasan perumahan serta jalan utama dinaiki air secara mendadak.

Beliau berkata hujan berterusan menyebabkan Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang serta Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Persimpangan Lampu Isyarat Bendahara, dilimpahi air.

“Selain itu, lima kawasan perumahan turut terjejas iaitu di Kesedar Paloh 1, Paloh 3, Chalil, Felda Chiku 3 dan Felda Chiku 5,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata limpahan air itu dipercayai berpunca daripada sistem saliran yang tidak mampu menampung jumlah air hujan yang tinggi dalam tempoh singkat.

Setakat pagi ini, hujan telah berhenti dan keadaan dilaporkan semakin baik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan