Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

N.Sembilan Harap Kerajaan Persekutuan Pertimbang Bina HPUSIM Di Nilai

29/10/2025 05:18 PM

SEREMBAN, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan sekali lagi dimohon supaya mempertimbangkan pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (HPUSIM) di lokasi berdekatan kampus universiti berkenaan di Nilai, dekat sini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ini memandangkan USIM sendiri berpusat di Nilai dan tapak projek untuk hospital pengajar telah dikenal pasti oleh universiti berkenaan sejak permohonan dibuat beberapa kali sebelum ini.

"HPUSIM telah diluluskan untuk dibina di Kota Tinggi, Johor tetapi kita mohon sekali lagi supaya Kerajaan Persekutuan menilai semula kerana Johor terlalu jauh dari USIM. (Jika diubah) ia bukan sahaja memberi manfaat kepada USIM tetapi tenaga pengajar dalam bidang perubatan.

Ad Banner

“Kerajaan negeri juga amat mengalu-alukan sekiranya HPUSIM dibina sama ada satu di Nilai atau satu di Johor, yang penting USIM perlukan sebuah hospital supaya masyarakat sekitar dapat manfaat lebih baik. Ini penting untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran selain tenaga pengajar tak perlu berulang alik jauh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini dilaporkan berkata projek pembinaan HPUSIM di Mukim Sedili berpotensi menjadi pemangkin utama kepada pembangunan kawasan Parlimen Kota Tinggi.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata projek berkenaan kini dalam peringkat perancangan dan penelitian rapi, termasuk penentuan kos serta pemilihan kontraktor yang sesuai.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan