BATU PAHAT, 28 Okt (Bernama) -- Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikelar di leher dipercayai dengan pisau di kediamannya di Parit Raja di sini semalam kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa masih berada di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau berkata kanak-kanak itu juga sudah boleh bercakap namun pihaknya belum merekodkan keterangan memandangkan mangsa masih belum pulih sepenuhnya.
“Kita masih menjalankan siasatan dengan terperinci bagi mengenal punca sebenar kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa ditemukan dengan kesan kelar di lehernya dan laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada kira-kira 9 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial