KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan memperkukuh kerjasama dalam menangani isu penyalahgunaan dadah di negara ini.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan.
“Perbincangan antara lain menyentuh tentang usaha memperkukuh kerjasama Kementerian Komunikasi dengan JSJN.
“Ini termasuk memperhebat kempen kesedaran antidadah, serta membendung penyebaran dadah di platform dalam talian demi melindungi masyarakat, khususnya golongan muda,” katanya dalam catatan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial