Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Wan Azizah Tinjau Persiapan Program Pasangan Di Carcosa Seri Negara

26/10/2025 06:48 PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninjau persiapan akhir Program Pasangan Sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47, di Carcosa Seri Negara hari ini. 

Ketibaan Dr Wan Azizah diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau meluangkan masa sekitar satu jam setengah, melihat perjalanan program bagi menyambut pasangan ketua-ketua negara dan kerajaan yang akan berlangsung esok.

Ad Banner

Carcosa Seri Negara dibina pada 1896 oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral British pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan dijadikan kediaman rasminya sejak 1904.

Bangunan bersejarah itu juga pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan bermula hari ini hingga 28 Okt.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan