Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

25/10/2025 06:37 PM

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 25 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari di Kuala Lumpur bermula Ahad, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Wong, yang juga Menteri Kewangan, akan diiringi isterinya Loo Tze Lui serta Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.

Ad Banner

“Para pemimpin ASEAN akan mengulangi komitmen terhadap usaha pembinaan Komuniti ASEAN dan membincangkan cara untuk memupuk seni bina serantau yang terbuka, inklusif dan stabil.

“Mereka juga akan membincangkan pengukuhan integrasi ekonomi ASEAN dengan meningkatkan perdagangan intra-ASEAN serta memanfaatkan bidang baharu dalam ekonomi digital dan hijau,” menurut kenyataan PMO.

PMO berkata tema kepengerusian Malaysia, “Keterangkuman dan Kemampanan,” menggambarkan usaha rantau ini untuk membina ASEAN yang berpandangan ke hadapan, padu dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran geopolitik serta geoekonomi.

Pada sidang kemuncak itu, Wong dijadual bertemu pemimpin rakan utama termasuk Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat.

Beliau juga akan akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ke-5 yang bertujuan mengukuhkan peranan RCEP dalam mempertingkat perdagangan serta integrasi ekonomi serantau di tengah-tengah cabaran global.

Menurut PMO, semasa ketiadaan Wong, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong bertugas sebagai Pemangku Perdana Menteri.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan