Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

"Screamfest 4: Sihir" Menghidupkan Cerita Seram Rakyat Malaysia Di Sunway Lost World Of Tambun

25/10/2025 02:56 PM

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Sunway Lost World of Tambun kembali meraikan sambutan Halloween dengan Screamfest 4: Sihir, pengalaman mendebarkan yang menggabungkan mitos tempatan, ritual serta legenda mistik berinspirasikan cerita seram rakyat Malaysia.

Acara yang konsep dan pelaksanaan dihasilkan sepenuhnya oleh pasukan Sunway Lost World of Tambun itu bukan sekadar tarikan kisah seram biasa sebaliknya menonjolkan kepelbagaian cerita rakyat melalui penceritaan moden dan interaktif yang menekankan warisan tempatan. 

Penolong Pengurus Besar Sunway Lost World of Tambun Brian Francis berkata Screamfest bukan  hanya tarikan Halloween tetapi juga satu cara untuk meraikan budaya dan kisah masyarakat Malaysia.

Ad Banner

“Apa yang menjadikannya istimewa ialah semuanya, daripada konsep hingga pelaksanaan dihasilkan sepenuhnya oleh pasukan Sunway Theme Parks. Ini adalah cara kami mengekalkan cerita-cerita rakyat untuk terus hidup dan disesuaikan semula bagi tatapan generasi baharu,” katanya dalam satu kenyataan. 

Tema tahun ini, “Sihir” ( Ilmu Hitam), menampilkan tujuh pengalaman seram yang diinspirasikan daripada kepercayaan lama masyarakat Malaysia, termasuk Misteri Gua Langsuir, Lembah Makhluk Hijau, Lorong Saka, Jamban Sepi dan Tren Neraka. 

Setiap tarikan menggabungkan reka bentuk set yang mendebarkan dengan pencahayaan menyelubungi suasana, kesan bunyi latar dan persembahan secara langsung, mewujudkan pengalaman seolah-olah kisah mistik rakyat Malaysia ini benar-benar ‘hidup’.

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pemainan menarik seperti  Stormrider, Dragon Flights, Giddy Galleon, Perak Parade dan Swan Lake, di samping persembahan pentas secara langsung serta zon seram yang ditempatkan secara strategik di seluruh taman tema itu bagi meningkatkan rasa mendebarkan dan teruja sepanjang malam.

Tidak seperti kebanyakan acara Halloween di negara luar yang menampilkan unsur seram dari barat, Screamfest menonjolkan legenda dan mitos tempatan Malaysia, daripada kisah hantu kampung hinggalah kisah mistik yang diwariskan turun-temurun.

Pendekatan penceritaan ini membolehkan pengunjung tempatan dan antarabangsa merasai pengalaman warisan budaya Malaysia dengan cara yang menarik, mendebarkan dan sukar dilupakan.

Screamfest 4: Sihir berlangsung pada 17, 18, 19, 24, 25, 26 dan 31 Okt dari 7.30 malam hingga 11 malam di  Sunway Lost World of Tambun, Ipoh. Tiket dan maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati di sunwaylostworldoftambun.com/screamfest4.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan