Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sidang Kemuncak ASEAN: Perdana Menteri Baharu Jepun Dan Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

25/10/2025 08:26 AM

SEPANG, 25 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul yang baru dipilih untuk menjawat jawatan masing-masing, merupakan antara pemimpin yang tiba hari ini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan hujung minggu ini.

Turut dijangka tiba ialah pemimpin ASEAN lain termasuk Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

Presiden Majlis Eropah Antonio Costa dan Perdana Menteri Kanada Mark Carney turut dijangka tiba lewat hari ini.

Ad Banner

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan menghimpunkan pemimpin daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India, dijangka  menjadi perhimpunan terbesar ASEAN sejak penubuhan blok itu pada 1967.

Di bawah tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, “Keterangkuman dan Kemampanan”, sidang kemuncak kali ini bakal menjadi antara yang terbesar dalam sejarah ASEAN, berperanan sebagai platform penting untuk memperdalam kerjasama serantau dan menangani cabaran global secara bersepadu serta inklusif.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan