Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perhilitan Perak Pasang Perangkap ‘Pak Belang’ Di Kawasan Lapang Sasar Kem PGA Ulu Kinta

24/10/2025 08:52 PM

IPOH, 24 Okt (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima laporan berhubung kehadiran seekor harimau belang di kawasan lapang sasar Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta pada 18 Okt lepas.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata siasatan awal pasukan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang kesan jejak, namun pihaknya percaya aduan yang diterima adalah berasas dan berkemungkinan haiwan pemangsa itu masih berkeliaran di kawasan berhampiran.

“Kami sahkan laporan yang dibuat mempunyai asas kerana ia adalah kes berulang, aduan kali pertama telah dibuat pada 18 Ogos lepas.

Ad Banner

“Meskipun tidak menemukan jejak, kami percaya haiwan pemangsa ini mungkin berada di kawasan berhampiran lapang sasar berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah memasang sebuah perangkap di kawasan itu, yang bertujuan untuk mengesan selain mengelak sebarang risiko atau kejadian tidak diingini daripada berlaku membabitkan haiwan pemangsa itu.

Yusoff turut menasihati orang ramai, khususnya penduduk dan anggota Kem PGA Ulu Kinta supaya lebih berhati-hati serta mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti di kawasan berhampiran hutan terutama pada waktu malam.

“Penternak juga dinasihatkan supaya mengurung ternakan seperti lembu dan kerbau pada waktu malam bagi mengelak menjadi mangsa serangan. Sekiranya ternampak harimau atau aktiviti mencurigakan, segera laporkan kepada pihak Perhilitan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan