Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir: Tiga PPS Dibuka Di Perak Malam Ini

23/10/2025 09:38 PM

IPOH, 23 Okt (Bernama) -- Perak dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak pagi tadi membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga setakat 9 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Perak memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt di LMS dibuka pada 7.30 malam, dengan proses pemindahan mangsa dan keluarga masih dijalankan.

Bagi daerah Manjung, PPS Sekolah Sungai Batu, Pantai Remis telah dibuka pada 8 malam yang menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga susulan kediaman mereka di Kampung Sungai Batu dan Kampung Nelayan terjejas banjir.

Ad Banner

PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pengkalan Baru pula dibuka pada 8.30 malam dan proses pemindahan mangsa dari Kampung Padang Serai masih dilaksanakan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan bacaan paras air Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang (RHN), Kampar berada pada tahap amaran dengan paras 22.5 meter (m) berbanding tahap normal iaitu 21.41m.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan hujan di kesemua daerah pada malam ini kecuali Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan