SEPANG, 23 Okt (Bernama) -- Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar U Hau Khan Sum antara diplomat asing tiba di Malaysia hari ini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Beliau dan delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 11.35 pagi.
Turut dijadualkan tiba hari ini ialah Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas, Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Ma. Theresa P. Lazar serta Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow.
Di bawah Kepengerusian ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, Malaysia akan menganjurkan sidang kemuncak berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Okt ini.
Sidang kemuncak berkenaan akan menghimpunkan pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama seperti Amerika Syarikat (AS), China, Jepun dan India.
Acara berkenaan dijangka menjadi perhimpunan ASEAN terbesar sejak penubuhannya pada 1967, dengan kehadiran pemimpin dunia termasuk Presiden AS Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.
Malaysia sebelum ini telah mempengerusikan ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial