KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Selangor sehingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kedah manakala di Perak melibatkan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Manjung; Bagan Datuk serta Hilir Perak.
Cuaca sama diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor.
Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kuat yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terlibat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial