Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan Rangka Dasar Baharu Perkukuh Keterjaminan Makanan Negara - PM Anwar

22/10/2025 09:44 PM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memuktamadkan satu dasar baharu berkaitan sektor pertanian, sebagai tindak balas proaktif terhadap cabaran keterjaminan makanan yang semakin kompleks menerusi pendekatan bersepadu yang dipacu misi dan berteraskan bukti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar tersebut, memberi tumpuan kepada pengeluaran pertanian dan agromakanan yang cekap dan produktif, kemampanan sistem agromakanan, diplomasi makanan serantau, pemakanan sihat dan seimbang, serta pertumbuhan ekonomi terangkum.

“Dasar ini turut akan diperkukuh dengan perundangan khusus bagi menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan dasar serta tindakan antara pelbagai agensi dan kementerian yang terlibat.

Ad Banner

“Langkah ini penting bagi memperkukuh tadbir urus selain memastikan keberkesanan pelaksanaan Dasar Keterjaminan Makanan Negara secara menyeluruh,” kata Anwar dalam hantaran di Facebook.

Seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), beliau berkata sektor pertanian perlu diperkukuh melalui pendekatan baharu yang lebih mampan, berdaya tahan dan berorientasikan teknologi.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara yang menyentuh mengenai strategi untuk memangkin industri pertanian secara menyeluruh.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan