Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kes Kanser Payudara Meningkat Di Pahang - Exco

19/10/2025 09:08 PM

KUANTAN, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah kes kanser payudara menunjukkan peningkatan setiap tahun di Pahang, dengan pesakit muda direkodkan berusia 20-an, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Datuk Sabariah Saidan. 

Beliau berkata kesedaran masyarakat khususnya kaum wanita tentang kepentingan pemeriksaan awal dan saringan berkala sangat penting untuk menyelamatkan nyawa. 

“Saya menyeru kaum wanita di negeri ini untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (Breast Self Examination) setiap bulan dan mendapatkan pemeriksaan klinikal di fasiliti kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 Peringkat Pahang di sini hari ini. 

Ad Banner

Selain itu, beliau berkata kaum hawa juga boleh menjalani ujian saringan mamogram yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Pahang. 

Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berkata ia antara lain bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat selain memberikan sokongan kepada pesakit kanser.  

Katanya golongan lelaki juga perlu peka terhadap penyakit itu kerana mereka tidak terkecuali daripada risiko yang sama.

Dalam pada itu, Sabariah turut menyeru keluarga, komuniti dan masyarakat memberikan dorongan moral serta mewujudkan persekitaran yang positif untuk pesakit kanser.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan