Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Selangor Terus Bela, Memberdayakan Komuniti India - Amirudin Shari

19/10/2025 07:05 PM

SHAH ALAM, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan terus membela serta memberdayakan masyarakat India di negeri ini bagi memastikan kualiti hidup komuniti berkenaan terus ditingkatkan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata pihaknya kini dalam proses memuktamadkan Belanjawan Selangor 2026, dengan usaha memperkasa komuniti India antara perkara yang akan diberi pertimbangan dalam pembentangan pada 14 Nov ini.

“Baru-baru ini saya telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 873 sekolah di seluruh negeri. Daripada jumlah itu, 98 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menerima bantuan berjumlah RM5 juta bagi memantapkan kemudahan serta fasiliti pembelajaran.

Ad Banner

“Ini kerana saya mahu semua pelajar di Selangor belajar dalam keadaan selamat dan selesa, termasuk pelajar di sekolah-sekolah Tamil,” katanya menerusi perutusan Deepavali 2025, hari ini.

Amirudin yang turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali berkata, kepelbagaian masyarakat di Selangor merupakan keunikan yang menjadi asas kejayaan negeri itu.

Beliau berkata, dalam usaha Selangor bersaing dengan negeri-negeri maju di rantau Asia, tumpuan akan terus diberikan kepada pendidikan kerana ia merupakan kunci utama untuk memastikan generasi muda memperoleh pekerjaan berkualiti.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh komuniti Hindu dan Sikh yang menetap di Selangor.

“Nikmatilah detik perayaan ini bersama sahabat dan keluarga tersayang. Bagi yang pulang ke kampung halaman di luar negeri, saya mendoakan perjalanan pergi dan pulang anda semua selamat,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan