Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Penglibatan Aktif Ibu Bapa Penting Dalam Menangani Isu Buli

17/10/2025 02:36 PM

KUCHING, 17 Okt (Bernama) -- Penglibatan ibu bapa yang lebih aktif dalam kehidupan harian anak-anak amat penting dalam menangani isu buli dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membentuk disiplin dan tingkah laku anak-anak merea kepada sekolah atau guru sahaja.

“Ibu bapa juga mesti memantau dan terlibat dalam aktiviti harian anak-anak mereka. Ramai antara kita yang terlalu sibuk bekerja hingga menyerahkan segala-galanya kepada pihak sekolah sedangkan sekolah sudah terbeban dengan banyak tanggungjawab.

Ad Banner

“Mereka perlu mengambil tahu apa yang berlaku kepada anak-anak mereka, dengan siapa mereka berkawan dan kemana mereka pergi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program dialog awam antibuli di sini hari ini.

Kulasegaran juga berkata beliau yakin hukuman rotan dapat membantu menangani isu disiplin dalam kalangan pelajar sekolah, sama seperti yang diamalkan oleh generasi terdahulu.

“Berdasarkan pengalaman, saya sendiri pernah dirotan oleh guru... kini, apabila pelajar dirotan, mereka akan pulang dan mengadu kepada ibu bapa, lalu perkara itu dijadikan isu besar… dahulu, jika kita balik dan beritahu ibu bapa, mereka pula akan merotan kita,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan