Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

72 Penggiat Seni Terima Pentauliahan Profesional ASWARA

16/10/2025 03:02 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 72 penggiat seni berjaya ditauliahkan dalam pelbagai bidang seni persembahan dan produksi pentas menerusi pentauliahan profesional oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata pentauliahan profesional oleh ASWARA melalui standard diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beliau berkata pentauliahan dalam sektor seni budaya adalah bagi meningkatkan kompetensi, pengiktirafan dan menjamin kelestarian sosioekonomi penggiat seni mengikut keperluan semasa.

Ad Banner

“Program ini memberikan pengiktirafan terhadap kemahiran artis dan tenaga kerja seni berpengalaman di samping menggalakkan peningkatan kompetensi melalui proses upskillingreskilling dan future skilling,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) mengenai perancangan kementerian memperkenalkan sistem pentauliahan profesional kepada penggiat seni budaya sebagaimana sistem penarafan profesional Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Khairul Firdaus berkata pelaksanaan semula Anugerah Seni Negara (ASN) pada 2024 merupakan pengiktirafan tertinggi kepada karyawan, seniman serta penggiat tempatan atas jasa, sumbangan dan ketokohan mereka.

Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan